Selamat Hari Merdeka kepada semua warga Malaysia!
Jangan lupa untuk berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku pada malam ni. Pada yang berada di Dataran Merdeka; ingatlah tujuan anda disana. Jangan memalukan pendahulu kita.
Yang berada di rumah, seperti saya, tiap2 tahun tunggu malam merdeka di rumah menonton TV je.
Tapi tetap berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku dengan semangat waja.
kepada yang lupa lirik mari try hafal lagu ni balik (tapi rasanya kalau rakyat malaysia xmungkin kot lupa kan..)
NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
Jalan-jalan banyak yang telah ditutup dan akan lebih banyak ditutup. Warga Malaysia, janganlah mengeluh atau memaki hamun pihak berkuasa yang menjalankan tugas. Walaupun kita tidak terlibat dengan perarakan tersebut, berilah kerjasama yang penuh.
Memandangkan esok Cuti Umum, dan masih lagi dalam mood raya, pasti ramai yang akan terkandas dalam traffic jam esok dan malam ni untuk pergi ke rumah terbuka. Rancanglah perjalanan anda.
Senarai Jalan Ditutup
- Jalan Travers/Jalan Damansara
- Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara)
- Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara)
- Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah
- Jalan Tembusu/Jalan Lembah
- Jalan Cenderasari/Jalan Perdana
- Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman
- Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin
- Jalan Raja/Jalan Hishamuddin
- Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin
- Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak
- Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen
- Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut
- Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman
- Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi
- Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman
- Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan
- Jalan T.A Rahman/Jalan Raja
KUALA LUMPUR: ‘Janji Ditepati’ dipilih tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos, manakala Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan membabitkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.
Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka, manakala pada sebelah malamnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.