Rewind semula pada Bulan Ramadhan yang lalu, hampir setiap malam aku mendoakan agar semua yang kusayang dilembutkan hati mereka, bersihkan hati mereka dari sifat marah memarahi, dengki mendengki, dendam mendendami, cemburu mencumburui, berburuk sangka dan berhati busuk. Itu;ah doa yang x putus2 aku hrapkan dari mu Ya Allah..
Sukar memang sukar, bila yang disangka baik, lebih buruk jadinya, tetapi Alhamdulillah, sekarang ia nampak lebih baik, mungkin itu cuma satu ujian.
Semoga aku dapat mendamaikan hati-hati insan ini..Ya Allah, permudahkan jalanku dan tetapkan hatiku, lembutkan lagi hatiku dan hati mereka-mereka ini, kasihani lah aku, berilah aku kesempata melihat mereka berdamai dan bersatu dan bisa membuatkan ayahku dan arwah ibuku tersenyum semula..Amin..
Disini saya nak share tips praktikal yang saya selalu amalkan untuk membersihkan hati [saya juga masih dalam proses membersihkan hati]:
1. Sentiasa banyakkan zikir jadikan amalan harian
2. Bila berdepan konfrontasi, diamkan lebih dahulu..jangan bereaksi atau bercakap/komen yang panjang lebar.
3. Sentiasa meletakkan kedamaian hati dan hidup sgt penting.
4. Sentiasa berbaik sangka pada orang lain, diri sendiri dan Allah SWT.
5. Sentiasa memaafkan dan melupakan dan membenci sifat2 yg buruk..
6. Bykkan ibadah; wajib jgn ditinggal, sunat diperbanyakkan..
7. Sentiasa berfikiran mahukan yang terbaik untuk semua [ manusia fitrahnya mahukan yang terbaik sahaja]
8. Berdoa kpd Allah SWT beri kelembutan hati [dulu hati saya sgt keras, degil dan suka membenci]
9. Sentiasa amalkan solat sunat syukur, taubat dan hajat [masih dalam proses mendisiplinkan diri]
10. Sentiasa nyatakan kasih sayang dengan sesama manusia (lebih2 lagi saudara sedarah sedaging)
No comments:
Post a Comment